Biro Kebajikan Terus Menyusur Akar Pastikan Putrajaya Ceria
PUTRAJAYA – Gerakan serampang dua mata terus menjadi alternatif kepada Biro Kebajikan UMNO Putrajaya apabila mengambil pendekatan turun padang sambil menyelami permasalahan rakyat khususnya mereka yang ditimpa musibah.
Atas tujuan terbabit, Ahli-ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Putrajaya telah berkunjung ke Hospital Putrajaya pada 9 Mac 2015, Selasa untuk menziarahi En. Mazlan Hassan dari UMNO Cawangan Bunga Tulip yang disahkan menghidap kanser dan kemudiannya ke Was 3A menziarahi Setiausaha UMNO Cawangan Bunga Kantan, Mohamad Jamal Ali yang mengalami sakit jantung.
Dalam masa yang sama, AJK Biro terbabit telah berkunjung ke rumah Rosli Hassan di Presint 9 yang dikatakan mendapat serangan minor strok baru-baru ini. Walaupun keadaannya masih lemah namun kesihatannya bertambah baik berbanding sebelum ini.
Turut dikunjungi oleh Biro terbabit ialah Ahmad Shahiran Hayyan Shahrom di Presint 8 yang lahir tidak cukup bulan dan keadaannya masih belum sihat sepenuhnya, selain menziarahi adik Raisha Nisrina Mohd Syukory yang baru keluar dari hospital ekoran jangkitan virus.
AJK Biro yang hadir turut berkongsi kesedihan dengan mereka yang tidak sihat dan berdoa agar dikembalikan kesejahteraan agar dapat menikmati hari-hari seterusnya dengan gembira.
Sememangnya, gerakan terancang Biro Kebajikan UMNO Putrajaya ini adalah untuk memastikan setiap yang uzur mendapat pembelaan, agar yang berat jadi ringan agar keperitan yang dirasa dapat dikongsi bersama.
Dengan program tersebut, golongan yang kurang berkemampuan, ibu-ibu tunggal dan ibu tinggal, orang kelainan upaya dan mereka yang hidup melarat menjadi tumpuan tanpa mengira latar belakang.
You must be logged in to post a comment.