Berita

UMNO Realitikan Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

PUTRAJAYA – UMNO membuktikan kata-kata berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bukan hanya sekadar peribahasa tetapi turut diaplikasi dalam kehidupan sebagaimana Biro Kebajikan UMNO Putrajaya turun padang untuk bersama-sama mereka yang ditimpa kesulitan. Melalui Biro tersebut yang diketuai oleh Puan Husna Abd Rahaman, lawatan ke Hospital Putrajaya telah dibuat pada 17 Mac 2015, Selasa yang menziarahi Puan Rosmawati Sungif iaitu isteri kepada Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya, Sdr Yatim Ariffin. Puan Rosmawati menjani rawatan selepas melakukan pembedahan ekoran terdapat ketumbuhan di dalam perut.

10317639_820094218025862_8376576025340956397_o

Kemudiannya, Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Putrajaya turut menziarahi Puan Mahani Ujang iaitu Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya di Presint 9 yang mengalami masalah saraf. Turut dikunjungi di Presint 9 ialah seorang pesakit warga emas, En Badri Wahab yang menghadapi masalah kurang pendengaran dan kurang penglihatan.

Sehari sebelum itu, Biro terbabit telah berkunjung juga ke Presint 9 bagi menziarahi Puan Siti Zainab Md Saad yang uzur ekoran sakit tua selain menziarahi Puan Zaleha Hanafiah pada Ahad, 15 Mac 2015 yang dilaporkan menghidap kanser berdarah. Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Putrajaya, Puan Saadiah Bakar.

AJK Biro bersama UMNO Bahagian Putrajaya sememangnya amat bersimpati atas kesulitan yang dihadapi oleh mereka serta mendoakan semoga kembali dikurniakan kesejahteraan dan dikembalikan kesihatan, serta tabah berdepan ujian.

14279_819549061413711_7927707335863799542_n

1658159_820097891358828_2791738077200338435_o

10537435_819127281455889_4960890566096950001_n

10854970_820097791358838_8706260236602668922_o

11075243_820107074691243_1811812861443428179_o