Tg Adnan Turun Padang Pastikan Peniaga & Pembeli Selesa Berurusniaga
PUTRAJAYA – Keprihatinan pemimpin tempatan untuk memastikan warga Putrajaya hidup sejahtera direalisasikan sehinggakan ke dalam pasar sekalipun sebagaimana Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan yang melakukan tinjauan di Pasar Awam Presint 8.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah meluangkan masa pada Sabtu, 21 Mac 2015 melakukan pemantauan harga barangan di samping bertanya khabar kepada para peniaga di pasar terbabit serta menemui orang ramai yang membeli barang keperluan di sini.
Beliau gembira dengan suasana yang ada selain memastikan harga barangan yang dijual adalah berpatutan dan tidak berlaku sebarang kenaikan harga membabitkan barangan makanan yang terkawal.
You must be logged in to post a comment.