Tengku Adnan Meriahkan Majlis Perkahwinan
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya telah memeriahkan majlis perkahwinan yang berlangsung membabitkan para penduduk tempatan dan pengundi di Putrajaya sebagaimana majlis perkahwinan puteri En. Sandusi dan Puan Rokiah. Majlis tersebut telah berlangsung di Taman Botani Putrajaya pada Ahad, 22 Mac 2015.
Pada hari yang sama juga, beliau berkesempatan memeriahkan majlis perkahwinan anak Puan Roseini di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 Putrajaya.
Beliau melahirkan kegembiraan kerana dapat bersama-sama dalam majlis yang meriah dan dalam masa yang sama dapat bertemu orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan kepada beliau untuk melaksanakan tanggungjawab.
Semoga dengan ikatan perkahwinan yang terjalin, pasangan mempelai akan dikurniakan kebahagiaan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
You must be logged in to post a comment.