Berita

Warga Putrajaya Diseru Bersama Kerajaan Untuk Pastikan Negara Terus Maju

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru masyarakat untuk bergerak bersama-sama kerajaan bagi memastikan semua perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Mari kita buktikan kepada masyarakat antarabangsa bahawa kita sentiasa bersatu untuk memastikan negara ini maju dengan warganya sentiasa berfikiran positif demi masa hadapan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Pasukan Sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) dan Kelab Rukun Tetangga Suria (Cawangan Bunga Matahari) pada Ahad, 22 Mac 2015.

Pasukan Sukarelawan COMBI ditubuhkan agar mereka boleh mengadakan gotong-royong secara berkala terutamanya di kawasan kediaman bagi menghapuskan pembiakan dan tempat pembiakan nyamuk aedes yang menyebarkan virus denggi.

Sebelum itu beliau telah merasmikan Karnival KRT Presint 9 dengan JPAM (Cawangan Carnition) di Fasa 11, Presint 9.
Dalam ucapannya, beliau meminta masyarakat untuk memperbanyakkan aktiviti sukarelawan sebagai antara program semasa penduduk setempat.

Katanya, aktiviti seperti ini akan menyemarakkan lagi semangat kekitaan para penduduk di Putrajaya.

“Kita akan mendapat manfaat yang berganda hasil daripada aktiviti sukarelawan yang diadakan sebagaimana eratnya hubungan silaturrahim dan masyarakat dapat hidup dengan rukun,” katanya lagi.

IMG-20150322-WA0004

IMG-20150322-WA0008

IMG-20150322-WA0010

IMG-20150322-WA0011

IMG-20150322-WA0012

IMG-20150322-WA0019

IMG-20150322-WA0021

IMG-20150322-WA0023

IMG-20150322-WA0024

IMG-20150322-WA0025

IMG-20150322-WA0026

IMG-20150322-WA0028