Aktiviti & Komuniti

Wanita UMNO Putrajaya Tekad Menyusur Akar Untuk Parti

PUTRAJAYA – Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Putrajaya telah berlangsung pada Isnin, 13 April 2015 dengan dipengerusikan oleh Datin Seri Anggraini Sentiyaki iaitu isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan. Dalam mesyuarat tersebut, perbincangan menjurus kepada aktiviti-aktiviti wanita dan juga program kebajikan yang perlu terus diaplikasi di Putrajaya. Sehubungan itu, pergerakan Wanita UMNO Putrajaya telah sepakat untuk melebarkan sayapnya dengan bergerap menyusur akar iaitu memastikan semua masyarakat di akar umbi mendapat pembelaan dan menghayati perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara.

21692_832143536820930_5016740134664166071_n

11002648_832143616820922_1209154624905572197_n

11059439_832143493487601_3718487044308234847_n