Guru dan Ibu Bapa Pemangkin Generasi Berjaya
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan pentingnya peranan ibu bapa dan guru dalam membentuk kecemerlangan dan masa hadapan generasi baru khususnya di peringkat sekolah.
Katanya, Dalam menghadapi arus moden yang serba-serbi mencabar, ibu bapa dan guru-guru perlu bersama-sama berganding bahu bagi memastikan nilai-nilai murni sentiasa menjadi amalan anak-anak dalam kehidupan seharian.
“Inilah peranan ibu bapa dan guru-guru iaitu untuk menentukan masa hadapan anak-anak kita berada di landasan yang betul dan tidak terpesong dengan gejala-gejala yang tidak sihat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Karnival Sedekad Sekolah bersama PIBG di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2), hari ini, Sabtu, 9 Mei 2015.
Beliau berharap dengan adanya usaha sama dan sokongan padu daripada ibu bapa maka guru-guru juga akan lebih mudah memastikan fokus pembelajaran kepada anak-anak muridnya.
You must be logged in to post a comment.