Tak Jemu Bersama Rakyat, UMNO Putrajaya Terus Bersemangat
PUTRAJAYA – Ahli-ahli UMNO Bahagian Putrajaya yang bergerak melalui jentera Jalinan Rakyat terus bersemangat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Selaku jentera di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Zon 03 Kampung Pelet, kesungguhan direalisasikan dengan turun padang dan bertemu orang ramai khususnya pengundi di akar umbi.
Selain berkempen bagi memastikan setiap pengundi memilih calon BN, anggota JR ini turut menghulur bantuan dan menjadi mata serta telinga kerajaan dengan mendengar keluh kesah rakyat yang selama ini berada di kepimpinan pakatan pembangkang.
Semoga usaha dalam merampai Parlimen Permatang Pauh membuahkan hasil dan diberikan keberkatan oleh Allah SWT.
You must be logged in to post a comment.