Berita

Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Sesiapa, Jangan Musnahkan Keamanan – Tg Adnan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kerajaan sedar implikasi dan kerisauan rakyat berkaitan pelbagai siu semasa termasuklaj pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang bermula pada 1 April lepas namun begitu kerajaan tidak pernah lepas tangan atau bersifat menindas kepada mana-mana pihak.

“Apa yang kita harap ialah rakyat faham matlamat di sebalik pelaksanaan CBP, antaranya bagi menyelaras semula sistem kutipan cukai di mana sebelum ini hanya 1.2 juta yang membayar dalam kalangan 13 juta pekerja yang layak berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim Parlimen Putrajaya, pada 13 April 2015, Rabu.

Lebih 1,500 penduduk Putrajaya menghadiri Majlis Malam Ramah Mesra Warga Emas, Ibu Tunggal, Anak-Anak Yatim Bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki di Dewan Serbaguna, Kementerian Wilayah Persekutuan.

Tengku Adnan berkata selaku menteri dan anggota Parlimen Putrajaya, beliau telah mengarahkan satu kaji selidik dilaksanakan oleh persatuan penduduk di semua 50 cawangan di kawasan itu bagi mendapatkan maklum balas penduduk mengenai CBP dan keperluan masyarakat semasa.

Beliau berharap kajian itu dapat digunakan oleh setiap penduduk untuk menyuarakan pandangan masing-masing sekali gus dapat dijadikan platform oleh kementerian untuk diketengahkan kepada perhatian kerajaan.

“Saya rayu gunakanlah ia sebagai saluran untuk anda memberikan pandangan kerana kita tidak mahu hanya disebabkan rasa terkilan, kita sanggup musnahkan kemajuan negara yang dibina sejak negara mencapai kemerdekaan,” katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada 50 bahagian dalam Parlimen Putrajaya, kain, sejadah, kain pelikat serta sejumlah wang kepada mereka yang diraikan itu.

1797000_844201538948463_7253317228074639707_o

10989416_844199988948618_176924141069806409_o

11051216_459385400901672_7795902905683825338_n

11059476_844201282281822_172931555899291991_o

11183351_459385084235037_3921795347160669375_n

11241227_459384867568392_800041264263790762_n

11246254_459540804219465_7998267264443142699_n

IMG-20150514-WA0008

IMG-20150514-WA0016

IMG-20150514-WA0020

IMG-20150514-WA0024