Komitmen Kerajaan Bukan Hanya Pembangunan Tetapi Juga Kebajikan
PUTRAJAYA – Komitmen tinggi kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat bukanlah sekadar memastikan aspek pembangunan infrastuktur dan penyediaan kemudahan terlaksana sebaliknya ia dilengkapi dengan usaha-usaha memantau dan turun padang dengan menyelami permasalahan yang ada. Melalui UMNO Bahagian Putrajaya yang sentiasa konsisten dengan keperluan rakyat dalam mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap beban dan kesulitan yang ada, maka Biro Kebajikan UMNO sentiasa menjadi mata dan telinga kepada kerajaan selain menghulurkan bantuan semampu mungkin.
Bukan itu sahaja, pemimpin tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya telah berkunjung ke rumah Cikgu Mohammad Iqbal Abdul Samad AJK UMNO Bahagian merangkap Ketua Cawangan UMNO Caw Bunga Kasturi yang uzur pada 15 Mei 2015, Jumaat.
Dalam waktu yang lain pula, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah berkunjung ke Institut Kanser Negara Putrajaya dengan menziarahi En. Abdul Razak bin Mat Yaman yang menghidap kanser usus. Seterusnya, lawatan dibuat ke rumah En. Mohd Hanif bin Mat Jaafar di Presint 9 bagi menyampaikan bantuan berupa kerusi roda yang mana beliau amat memerlukannya selepas mengalami kemalangan jalan raya. Kunjungan tersebut telah diketuai oleh AJK Biro terbabit iaitu Puan Husna Abd Rahaman yang mewakili kepimpinan UMNO Bahagaian Putrajaya.
Semoga usaha murni dalam memastikan setiap individu yang menghuni Putrajaya akan mendapat pembelaan akan diberkati dan setiap warga di dalamnya sama-sama menghargai usaha tersebut untuk kesejahteraan bersama.
You must be logged in to post a comment.