Karnival Kita & Emosi Pastikan Rakyat Amalkan Hidup Sihat
PUTRAJAYA – Gaya hidup sihat dan seimbang amat penting dalam memastikan kehidupan berlangsung sejahtera tanpa wujudnya gangguan emosi dan tekanan. Sehubungan itu, Karnival Kita Dan Emosi (KIT EMO) yang diadakan bersama komuniti Fasa 4B Presint 8 di Anjung Bestari di sini pada 17 Mei 2015 adalah program pembelajaran dan penekanan ilmu semasa dalam pengurusan kehidupan seharian. Melalui karnival ini warga tempatan dapat melibatkan diri dalam bengkel keibubapaan, makanan seimbang, pemeriksaan kesihatan selain pertandingan mewarna dan melukis, senaman qi – gong, pamerankesihatan, serta gerai jualan dan cabutan bertuah untuk orang ramai. Program ini adalah anjuran bersama Hospital Putrajaya, Pejabat Kesihatan Putrajaya, MPPWP Sub Zon B Presint 8, KRT Presint 8 dan KOSPAN yang telah mendapat sambutan dari orang ramai.
You must be logged in to post a comment.