Berita

Kebajikan Sentiasa Jadi Keutamaan Pemimpin Untuk Rakyat

PUTRAJAYA – Kesedaran terhadap tanggungjawab dan amanah untuk menyelesaikan masalah serta menjaga kebajikan penduduk sentiasa menjadi keutamaan pemimpin khususnya terhadap pengundi dan para penduduk tempatan. Sehubungan itu, UMNO Bahagian Putrajaya yang bergerak melalui Biro Kebajikannya telah memastikan kerja-kerja membela rakyat dapat dilaksana secara berkesan.

Terbaharu, lawatan Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya telah dibuat pada 26 Mei 2015, Selasa ke Hospital Putrajaya yang menziarahi isteri En. Abdul Rashid Bukari selepas mereka dikurniakan cahayamata perempuan. Dalam masa yang sama, kunjungan turut dibuat kepada anak Ketua Pergerakan Wanita Cawangan Bunga Tanjung, Nurhamizah Abdul Razak yang turut selamat melahirkan bayi perempuan.

Dalam kesempatan tersebut, kunjungan juga dibuat kepada Puan Faridah Haji Mohamad yang turut berada di hospital ekoran mendapat demam denggi, selain menziarahi anak kepada En. Ramli Hashim, Ketua UMNO Cawangan Bunga Melur iaitu Puteri Nur Ayra Adrish yang di laporkan menghadapi masalah jangkitan kuman pada kaki kirinya.

Kunjungan yang diketuai oleh AJK Biro Kebajikan Puan Husna Rahaman ini turut disertai oleh Ketua Wanita Cawangan Teratai, Puan Habsah Hashim, Ketua Wanita Cawangan Bunga Tanjung Nurhamizah Abdul Razak dan ajk biro terbabit.

Dalam kunjungan yang berlainan, Pengerusi MPPWP Sub Zon B Putrajaya Tuan Haji Roslan Abu Hanif telah berkunjung ke Hospital Selayang pada hari yang sama bagi menziarahi Tuan Yahya Tajuddin yang dilaporkan mengalami sakit batu karang.

Setinggi tahniah kepada mereka yang dikurniakan cahaya mata dan kepada yang mendapat keuzuran semoga dikembalikan kesihatan dan kesejahteraan agar dapat meneruskan aktiviti harian dengan gembira.

10511615_849052091796741_3781588430465369047_o

11009875_849052161796734_4238765002209109472_o

11020757_849047958463821_479050882699599765_n

11224248_849038548464762_1996650370696030932_o

11313120_849076755127608_9060739328129034775_o