Berita

‘Alunan Pancarona’ di Floria Diraja Putrajaya 2015

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak orang ramai untuk sama-sama memeriahkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya 2015) di Pesisiran Tasik, Presint 4 di sini .

Dalam ucapannya, beliau berkata festival tahun ini diiktiraf oleh World Flower Council International dengan anugerah ‘Joyce White, World Flower Council International Award of Excellence ‘ yang diiringi hadiah wang tunai US$500 untuk peserta terpilih di Floral Pavilion.

“Festival bunga ini yang ditunggu-tunggu oleh penjual, pembeli dan peminat bunga dan tanaman hiasan tempatan berpotensi untuk dikembangkan lagi dengan penglibatan pengimport dan pengeksport bunga dari dalam dan luar negara,” katanya.

Katanya, festival tahun ini mencatat rekod dengan penglibatan lebih 50 pereka bentuk taman dan penyusun bunga antarabangsa dari 28 negara antaranya Afrika Selatan, Australia, Denmark, Ecuador, Hong Kong, Korea, Belanda, Perancis, Sepanyol, United Kingdom dan Oman.

Menurutnya festival itu juga menyediakan 50 lot komersial berkonsep Garden Bazaar dan ‘hort mart’, lebih 60 gerai jualan makanan dan minuman serta 83 lot hasil kraf dan seni.

Floria Diraja Putrajaya dibuka kepada lawatan umum mulai hari ini hingga 7 Jun dari 9 pagi hingga 10.30 malam pada Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.

Festival kelapan itu bertemakan ‘Alunan Pancarona’ yang menggunakan bunga Lily sebagai bunga tema dengan himpunan 100 jenis bunga Lily serta 400,000 pokok dari pelbagai spesis yang lain.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah melancarkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya 2015) dan berkenan meluangkan masa kira-kira sejam melawat tapak pameran termasuk Taman Diraja, Taman Kucing, Floral Pavilion serta tarikan terbaharu festival kali ini iaitu simulasi Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk di Eropah.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat.

IMG-20150530-WA0000

IMG-20150530-WA0001

IMG-20150530-WA0008

IMG-20150530-WA0011

IMG-20150530-WA0013

IMG-20150530-WA0017

IMG-20150530-WA0019

IMG-20150530-WA0020

IMG-20150530-WA0021

IMG-20150530-WA0024

IMG-20150530-WA0026

IMG-20150530-WA0028