Taman Persahabatan Lambang Keakraban China-Malaysia di Putrajaya
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini merasmikan Taman Persahabatan China-Malaysia yang menjadi satu lagi lambang keakraban hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sejak 41 tahun lepas.
“Semoga taman ini menjadi simbol persahabatan serta kerjasama kukuh dan berpanjangan antara Malaysia dan China pada tahun-tahun akan datang,” katanya pada majlis itu.
Timbalan Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Dongguan Yang Xiao Tang dan Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Hui Kang turut menghadirinya.
Taman seluas 0.24 hektar ini terletak di tapak Festival Bunga dan Taman Diraja (Floria Diraja) tahunan di Precinct 4 di sini dan merupakan komponen kekal pertama festival itu.
Taman berharga RM1.5 juta ini dibina berasaskan gaya dan reka bentuk Taman Lingnan, yang memberi penekanan terhadap unsur pergunungan, air, batu, bangunan, kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan.
You must be logged in to post a comment.