Berita

Terima Kasih Raikan Walimatul Urus Putera Kami – Tg. Adnan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri Datin Seri Anggeriani Sentiyaki serta keluarga amat menghargai sokongan dan bantuan semua pihak yang telah bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan putera beliau.

Tengku Adnan melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang hadir dalam majlis yang berlangsung 6 Jun 2015, Sabtu di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang disambut Tengku Adnan dan isteri Datin Seri Anggraini Sentiyaki. 

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam majlis itu, pasangan pengantin Dr Tengku Iqbal Munawwir dan Ayu Linggasari diraikan dalam istiadat perkahwinan berkonsepkan Jawa Keraton Indonesia.

Ketibaan kedua-dua mempelai dengan menaiki kenderaan khas yang ditarik empat lelaki turut mencuri tumpuan hadirin yang dianggarkan berjumlah 12 ribu orang.

Pasangan pengantin telah diijab kabul pada 23 Mei lepas di Gedung Balai, Jakarta, Indonesia, dan turut menyempurnakan acara memotong Nasi Tumpang.

IMG-20150606-WA0006

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK