Rencana

Masyarakat Setempat Pastikan Kebersihan Cegah Denggi

PUTRAJAYA – Program gotong-royong bagi memastikan kebersihan setempat dan memba.smi berlakunya pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan denggi telah dilaksanakan pada Ahad, 14 Jun 2015 di Presint 16. Turut serta ialah pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Putrajaya untuk membantu bersama-sama memastikan kebersihan. Progam yang diketuai oleh Mahmud Jamaludin selaku Pengerusi MPPWP Sub Zon Presint 16 telah berlangsung lancar dengan semua peserta meningkatkan azam bagi memastikan kebersihan kawasan dan mencegah daripada penyakit serangan nyamuk denggi.