Maidatul Rahman Terus Ceriakan Ramadan Di Putrajaya
PUTRAJAYA – Program Maidatul Rahman Putrajaya yang berteraskan berbuka puasa beramai-ramai terus berlangsung meriah sejak 1 Ramadan yang lalu dengan kehadiran para penduduk tempatan dan orang ramai.
Program yang menekankan rasa kesyukuran atas nikmat yang ada ini akan berterusan hingga ke- 23 Ramadan di Medan Selera Presint 8.
Dengan adanya program tersebut, ia akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim warga Putrajaya selain amalan gotong-royong yang dilakukan dalam penyediaan
juadah serta dapat menyemarakkan amalan bersedekah pada bulan mulia ini.
Sehubungan itu, kepada mana-mana pengunjung yang berkesempatan berkunjung ke Putrajaya dipelawa untuk berbuka puasa bersama-sama dengan para penduduk tempatan dalam ruang yang terbuka dan makanan yang disediakan.
You must be logged in to post a comment.