UMNO Putrajaya Terus Utamakan Kebajikan Rakyat Dalam Bulan Ramadan
PUTRAJAYA – Inisiatif untuk memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat dalam pelbagai lapisan masyarakat sebagaimana UMNO Bahagian Putrajaya yang bergerak melalui Biro Kebajikannya dengan turun padang dan mendekati mereka yang kurang bernasib baik, ditimpa musibah dan keuzuran adalah bukti kesungguhan dalam memastikan setiap individu menikmati hidup yang selesa.
Kunjungan Biro Kebajikan untuk menyusur akar turun ke akar umbi adalah inisiatif terbaik khususnya dalam memastikan warga Putrajaya yang dilanda kesusahan tidak terpinggir dan mendapat pembelaan.
Terbaru, ucapan takziah dan penyampaian sumbangan bantuan kepada keluarga Alahyarhamah adik Adlina Ariffin yang kembali kerahmatullah pada 2 Julai, Khamis telah dibuat kepada keluarganya oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan keluarganya tabah berdepan dugaan di bulan Ramadan.
Sebelum itu, pada 1 Julai 2015, Rabu, Biro Kebajikan terbabit terbabit yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman bersama ahli jawatankuasanya telah menziarahi En. Zulkifli Sulaiman di Fasa, 4 Presint 9 yang laporkan mengalami kanser usus dan ketumbuhan. Turut diziarahi ialah Adik Nur Qarirah Batrisyia Harry Faisal yang mengalami kecederaan di bahagian bawah perut sehingga menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya baru-baru ini.
Lawatan juga dibuat ke rumah En. Muhamad Hussien yang mengalami sakit jantung dan bakal dirujuk ke IJN, selain adik Ammar Rifqi Khairizal yang tinggal Fasa 4C Presint 8 yang tidak sihat kerana mengalami penyakit sindrom protein bocor.
Pada 28 Jun lalu, Ahad, Biro Kebajikan terbabit menyampaikan salam takziah kepada balu Allahyarham En. Mazlan Hashim yang telah kembali ke rahmatullah, juga kepada ibu tunggal Puan Noraini di Fasa 1, Presint 9 selepas kematian suaminya minggu lalu akibat enyakit kencing tikus.
Pada hari yang sama, biro terbabit juga turut melawat anak Puan Salwah Bakri daripada KEMAS, Nuruddin Ayob di Presint 11 yang baru-baru ini dilaporkan mengalami demam denggi.
Sehari sebelum itu, lawatan telah dibuat kepada adik Nurul Delia Mohd Khairy dari Presint 18 yang kerap diserang sawan, selain Nurul Nabila Azahar dari Presint 9 yang mengalami masalah leukemia.
Dalam kunjuungan yang lain, sumbangan kerusi roda telah disampaikan oleh Biro Kebajikan terbabit kepada Datuk Azmir Nawawi di Presint 18 selepas diserang strok dan sakit jantung.
Turut diziarahi oleh biro terbabit ialah En. Baharudin Husen yang juga Setiausaha Cawangan Bunga Raya yang baru sahaja menjalani pembedahan akibat sakit jantung.
Semoga bantuan dan sumbangan yang dihulurkan UMNO melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya ini akan dapat meringankan bebanan yang ditanggung dan terus tabah dalam berdepan pelbagai dugaan.
You must be logged in to post a comment.