Berita

Nur Ramadan Putrajaya Ceriakan Warga Tempatan

PUTRAJAYA – 03/07/2015 – Jumaat – Majlis sumbangan Nur Ramadhan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2015 yang berlangsung di Surau Al-Rahman di Presint 16 menjadi acara tahunan bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik khususnya golongan asnaf.

Dalam majlis ini, seramai 800 penerima sumbangan telah hadir dan bersama-sama dalam majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Dalam kesempatan ini, sumbangan bernilai RM10,000 untuk Surau Al-Rahman turut dibuat bagi memastikan syiar Islam terus diperkukuh.

11017128_866816230020327_8346699297792640431_o

11122499_866817103353573_3045522871597693500_o

11222508_866816093353674_1054987197917267284_o

11222732_866817213353562_2835836912390721458_o

11722154_866817290020221_4491755546250844013_o