Berita

Majlis Tadarus Perdana dan Khatam Al-Quran Imarahkan Ramadan di Putrajaya

PUTRAJAYA – Bersempena bulan Ramadan, Parlimen Putrajaya meneruskan usaha dalam mengimarahkannya dengan mengadakan berlangsung Majlis Tadarus Perdana dan Khatam Al-Quran peringkat Parlimen Putrajaya 2015 pada 5 Julai yang bertempat di Surau An- Najah Presint 9 Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, seramai 500 peserta turut hadir yang terdiri dari anak-anak penduduk sekitar Putrajaya selain kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa syukur kerana dapat bersama-sama dalam menghidupkan bulan Ramadan selain meningkatkan usaha untuk memperbanyakkan ibadah.

Beliau turut berterima kasih dan menghargai usaha berterusan semua penduduk tempatan khususunya Biro Agama UMNO Putrajaya yang menjadi penganjur dalam majlis tersebut bersama-sama dengan MPPWP Putrajaya serta anggota pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

IMG-20150705-WA0044

IMG-20150705-WA0049

IMG-20150705-WA0050

IMG-20150705-WA0052

IMG-20150705-WA0055

IMG-20150705-WA0056

IMG-20150705-WA0057

IMG-20150705-WA0058