Berita

Nur Ramadan Bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – UMNO bahagian Putrajaya turut serta dalam program Nur Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan yang dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 Julai 2015 yang berlangsung di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan perkara yang ‘karut-mengarut’ di media sosial kerana kebenaran akan muncul pada akhirnya.

Pada majlis itu, sebanyak 2,000 daripada 8,500 golongan asnaf terdiri
daripada anak yatim, warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya di sekitar Wilayah Persekutuan menerima sumbangan wang tunai.

Najib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama kira-kira 3,000 warga ibu kota.

IMG-20150710-WA0006

IMG-20150710-WA0005

IMG-20150710-WA0002