Berita

Mesyuarat AJK UMNO Putrajaya Pastikan Perjuangan Parti Bersemarak

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus bersemarak dalam memperkukuh perjuangan parti dengan ahli jawatankuasanya sentiasa berusaha dengan mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar idea untuk kesinambungan UMNO pada masa hadapan.

Dalam mesyuarat AJK yang berlangsung pada 10 Julai 2015, Jumaat, ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya telah mengingatkan kembali agenda sebenar perjuangan parti untuk dihayati di akar umbi.

Ujarnya, kepimpinan di bahagian khususnya AJK UMNO bertanggungjawab memastikan kelestarian parti melalui pelbagai program yang dekat di hati rakyat dan bukanlah atas kepentingan tertentu.

Dalam masa yang sama, mesyuarat tersebut turut membincangkan berkaitan kelancaran dan hala tuju agenda UMNO Bahagian Putrajaya untuk dimanifestasikan di peringkat cawangan dan anggota parti di akar umbi.

FB_IMG_1436544480098

FB_IMG_1436544473161

FB_IMG_1436544468797