Berita

Terima Kasih Meriahkan Maidatul Rahman Putrajaya 2015

PUTRAJAYA – Program Maidatul Rahman yang mengetengahkan konsep berbuka puasa beramai-ramai bersama para penduduk setempat dan pengunjung Putrajaya berlangsung dengan jayanya bermula 1-23 Ramadan lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa gembira dengan kejayaan program yang telah menjadi acara tahunan setiap kali Ramadan.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana usaha kita untuk bersama-sama berkongsi rezeki dalam suasana yang sederhana dapat dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya.

Jelas beliau, penglibatan semua pihak amat dihargai khususnya kepada UMNO Bahagian Putrajaya dan juga sukarelawan yang sedia membantu selain para pengunjung yang berbuka puasa bersama-sama.

“Menerusi program ini kita bukan hanya dapat menikmati juadah bersama-sama tetapi juga dapat mengeratkan silaturrahim serta menghidupkan amalan bekerjasama dan bergotong-royong.”

Sepanjang 23 hari program tersebut berlangsung di Medan Selera Presint 8, sekitar 15,000 orang telah hadir dan menikmati sajian yang disediakan.

FB_IMG_1436713183197

FB_IMG_1436713294649

FB_IMG_1436713174392

FB_IMG_1436713199723

FB_IMG_1436713253066

FB_IMG_1436713286893