Berita

Kebajikan Penduduk Tetap Jadi Keutamaan Termasuklah Di Bulan Syawal

PUTRAJAYA – Tanggungjawab dan amanah untuk menyelesaikan masalah serta menjaga kebajikan penduduk tidak pernah diabaikan walaupun dalam musim perayaan sebagaimana Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang tetap turun padang dalam menelusuri jiwa rakyat.

Pada 26 Julai lalu, Biro terbabit telah mengadakan kunjungan ke Hospital Putrajaya dengan menziarahi En. Mazril Hameedy Mazlan yang menjalani pembedahaan kaki baru-baru ini selain berkunjung melawat Encik Yus Mahadi Yusuf yang menjalani rawatan akibat tonsil.

Pada hari yang sama juga, biro terbabit telah menziarahi AJK UMNO bahagian Putrajaya yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya Puan Nor Aini Mustafar yang baru sahaja melahirkan anak lelaki. Salam tahniah kepada beliau atas kelahiran cahayamata yang keempatnya.

Sebelum itu, pada 25 Julai, AJK Biro terbabit telah pun berkunjung ke Hospital Putrajaya bagi melawat anggota Cawangan Bunga Jasmine iaitu Hajjah Noriah Saad yang dirawat di Wad 4B .

Anggota Biro juga turut menziarahi En. Hamizul Abu Bakar iaitu Pengerusi Tetap UMNO Cawangan bunga Pakma yang sebelum itu turut mendapat rawatan di Hospital Putrajaya akibat tekanan darah tinggi, gula dalam darah dan batu karang.

Turut diziarahi oleh AJK Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya ialah anak En. Mohd Khusairy Ahmad di Presint 17 yang telah menjalani pembedahan di kepala dan masih dalam pemantauan dari pegawai kesihatan. Semoga mereka yang dilanda keuzuran akan diringankan bebanan dan dikembalikan kesihatan agar kehidupan masa hadapan akan lebih ceria.

10987498_877847758917174_924138760850773056_o

11229580_877561212279162_355747867321742148_o

11234876_877484138953536_5234903548865113850_o

11782479_878267695541847_8254002828251216422_o

11792090_878267678875182_5350041144096826369_o

Sememangnya dalam kehidupan pastinya berdepan dengan pelbagai dugaan sebagaimana Sjn Baki Rose Amee yang telah kehilangan anaknya pada 26 Julai, Ahad akibat komplikasi pelbagai penyakit yang mengakibatnya kritikal dan kembali ke rahmatullah. Salam takziah kepada ahli keluarganya dan semoga Allah menempatkan rohnya bersama-sama orang-orang yang beriman, Al-fatihah.

11234881_878146635553953_2123717975878413541_o