Berita

Rombakan Kabinet, Ahli UMNO Diminta Bertenang dan Beri Kepercayaan Kepada PM

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta semua barisan kepimpinan UMNO di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan serta ahli-ahli UMNO di akar umbi untuk bertenang dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkaitan keputusan beliau melakukan rombakan kabinet hari ini.

“Sewajarnya, keputusan YAB Presiden melakukan rombakan kabinet tidak perlu dipersoalkan sebagaimana hak beliau yang memegang amanah bagi memastikan barisan Jemaah Menteri kukuh dalam menghadapi cabaran mengurus tadbir negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu beliau menyeru ahli-ahli UMNO untuk terus bersatu padu, memperteguh muafakat dan memperkukuh tekad dalam memastikan parti terus teguh serta dapat bersama-sama mempertahankan kesejahteraan negara.

Selaras dengan itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, juga tahniah kepada barisan anggota kabinet yang baharu dilantik.

“Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang telah menerajui kepimpinan selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, juga kepada Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hassan Malek yang telah mencurahkan khidmat bakti dalam kementerian masing-masing sebelum ini.”

Sebelum itu, pada 1.50 petang Selasa, Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan telah mengumumkan Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet.

Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohd Salleh Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:

Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid

Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh