Rencana

Manfaatkan Aidilfitri Dalam Majlis Jalinan Mesra Komuniti

PUTRAJAYA – Kemeriahan Syawal masih terus terasa dengan adanya Majlis Jalinan Mesra Komuniti 4F Fasa 4 Presint 9 yang diadakan pada 2 Ogos 2015, Ahad. Melalui program ini para penduduk setempat dapat berkumpul dan beramah mesra dalam suasana yang santai malah program seumpama ini amat baik kerana mampu mengerat¬kan hubungan silaturahim dalam masyarakat. Semoga setiap usaha murni yang dilaksana akan mendapat sokongan dari penduduk setempat.