Rencana

Walimatul Urus Meraikan Mempelai Bersama

PUTRAJAYA – Majlis perkahwinan anak perempuan En. Munawar bin Shahfri dan Puan Noorafizah binti Nordin telah berlangsung di Dewan Komplek Kejiranan Presint 16 Putrajaya pada Ahad, 9 Ogos 2015. Turut hadir dimajlis ini ialah Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

Turut sama meraikan majlis perkahwinan pada hari tersebut ialah anak lelaki Puan Khairunisa yang berlangsung di Dewan Puspanitapuri Putrajaya selain majlis perkahwinan anak perempuan En. Abdul Aziz bin Mohd Zain dan Puan Norasyikin binti Mohd Nong di Presint 9 Putrajaya.

Tidak ketinggalan, majlis perkahwinan anak lelaki En. Abdul Kudus bin Jali dan Puan Fatimah binti Abu Bakar berlangsung di Dewan Komuniti Fasa 18R12 Presint 18 Putrajaya selain majlis perkahwinan puteri En. A. Rahim dan Puan Awaiyah yang berlangsung di Kajang, Selangor.

Semoga pasangan mempelai dikurniakan keberkatan dan berkekalan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

11053404_884166348285315_4845056324421822398_o

11794489_884191141616169_1859227511989945892_o

11816210_884198144948802_7690477560693719517_o

11822831_884198114948805_2216056300208527005_n