Berita

Terima Kasih Putrajaya, Ceriakan Rumah Terbuka Aidilfitri

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor amat menghargai kehadiran lebih 10,000 tetamu terdiri daripada warga tempatan dan pengunjung Putrajaya yang telah bersama-sama meraikan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

Tengku Adnan dalam ucapan ringkasnya meminta warga Putrajaya untuk menyumbang idea bagi menjadikan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu semakin sejahtera dari semasa ke semasa.

“Terima kasih kepada yang telah hadir dan bersama-sama saya dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Wilayah Persekutuan Putrajaya. Semoga ‘Wilayahku Ceria’ terus bersemarak dan sama-sama kita menjaga perpaduan agar kesejahteraan yang kita kecapi hari ini akan berterusan.

IMG-20150813-WA0059

IMG-20150813-WA0060

IMG-20150813-WA0061

IMG-20150813-WA0062

IMG-20150813-WA0063

IMG-20150813-WA0064

IMG-20150813-WA0065

IMG-20150813-WA0066

IMG-20150813-WA0067

IMG-20150813-WA0068

IMG-20150813-WA0069