Keselesaan Rakyat Sentiasa Jadi Keutamaan
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menekankan betapa pentingnya keselesaan rakyat dalam kehidupan seharian sehinggakan perkara besar hinggalah yang sekecil-kecilnya diambil kita terutamanya kemudahan dan infrastruktur yang lengkap disediakan untuk semua.
Ini termasuklah penyediaan prasarana dan kemudahan awam yang lengkap sebagaimana kemudahan pusat membeli belah dan membeli barangan runcit agar para penduduk tempatan tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk keluar ke tempat yang jauh.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata demikian selepas menyempurnakan pembukaan rasmi Pasaraya KK di Presint 15, hari ini, Jumaat, 14 Ogos 2015.
You must be logged in to post a comment.