Berita

Puteri UMNO Sepakat Terus Semarakkan Perjuangan

PUTRAJAYA – Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang berlangsung pada 16 Ogos 2015, Ahad sepakat untuk terus menyemarakkan perjuangan parti demi kelangsungan agama, bangsa dan Negara.

Persidangan yang berlangsung di Menara Seri Wilayah ini telah dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Dalam ucapannya beliau menyeru semua anggota parti untuk sama-sama turun padang bagi menangani segala permasalahan dan fitnah yang dilontarkan terhadap parti dan juga kepimpinannya.

Beliau juga menggesa agar pertambahan ahli-ahli baru yang terdiri dari kelompok Puteri ditambah bagi memastikan lapisan generasi seterusnya dapat bersama-sama menghayati dan memahami asas dan tujuan sebenar penubuhan UMNO.

Sehingga kini, Puteri UMNO telah berjaya menarik 380,000 keanggotaan baharu daripada sasaran 500,000 yang ditetapkan sebelum ini dan meminta usaha berterusan untuk mencapai matlamat setengah juta anggota baru Puteri UMNO itu.

Turut hadir dalam persidangan tersebut ialah Senator Datuk Khairudin Samad, Ahli dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrjaya yang mewakili Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ketua UMNO Bahagian selain Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Sadiah Bakar dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim dan juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Noor Aini Mustafar serta barisan AJK Bahagian.

11865298_887360891299194_286284336824163106_o

11878864_887361027965847_1021431770594069024_o

11894500_887361181299165_1064624167389910796_o

11904669_887360734632543_2184404381602313432_n