Berita

Perpaduan Nasional Jadi Manifestasi Kesepakatan Pamuda UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya menjadikan mesyuarat UMNO Bahagiannya sebagai platform dalam menyatakan manifestasi terhadap peri pentingnya perpaduan Nasional dalam memastikan kesepaduan dan kesepakatan membentuk Malaysia sebuah negara maju.

Dalam persidangan yang berlangsung di Dewan Kementerian Wilayah Persekutuan pada 23 Ogos 2015, Ahad, para perwakilan telah meyatakan sokongan padu untuk terus mempertahankan perjuangan UMNO dengan mendukung serta mempertahankan Perlembagaan negara dan mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun.

Dalam ucapannya beliau menyeru ahli-ahli UMNO Bahagian Putrajaya untuk terus memastikan bahagian tersebut menjadi contoh kepada bahagian-bahagian lain dalam kepimpinan dan perpaduan yang ditunjukkan.

Turut hadir ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Nordin Hasan; Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Sadiah Bakar; Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya Puan Noraini Mustafar dan AJK Bahagian,Ketua-ketua Cawangan serta para perwakilan Pergerakan Pemuda bersama ketuanya, Saudara Ahmad Faisal Abdul Karim.

11856395_890303514338265_9125658693180668027_o

11888624_890304947671455_320350659432713006_o

11900101_890303024338314_5282700761753627067_o

11947872_890302644338352_7626801475420767647_o

11951447_890303714338245_2478206943032066023_o