Rencana

Program Sentuhan Kasih Aidiladha

PUTRAJAYA – Program Sentuhan Kasih Aidiladha 1436H/2015M telah diadakan pada Sabtu, 26 Sept 2015. Program anjuran Persatuan Penduduk Blok A, Presint 8 Fasa 4A, Putrajaya dengan kerjasama PWUBP dan MPWK Putrajaya ini telah berlangsung meriah di Dewan Komuniti Fasa 4A Presint 8. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datin Seri Anggraini Sentiyaki, iaitu isteri Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Menerusi program ini warga tempatan telah diberikan ceramah keselamatan awam yang disampaikan oleh Tuan ACP Rosly bin Hassan, Ketua Polis Daerah Putrajaya selain bantuan dihulur kepada mereka yang kurang bernasib baik, orang kurang upaya dan warga emas.

12000986_1766001830293748_7561378477043471671_o

12045473_1766001663627098_8927053529080262663_o

12045781_1766001760293755_6713185783083000350_o