Rencana

Meraikan Pasangan Pengantin Baru

PUTRAJAYA – Majlis pekahwinan yang berlangsung di sekitar Putrajaya pada 11 Okt, Ahad telah diraikan dengan meriah oleh keluarga dan sanak saudara sebagaimana anak perempuan Hj Kamarudin Wan Chik dan Puan Rohana Othman yang berlangsung di Dewan Sebaguna Presint 8.

SUK UMNO Bahagian Putrajaya, Tuan Haji Baharudin dan isteri telah hadir bagi mewakili Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya yang tidak dapat hadir.

Sehari sebelum itu, majlis perkahwinan anak perempuan Sdr. Sahruddin Amiroddin iaitu Ketua Cawangan Bunga Ros telah berlangsung di Dewan Dato’ Ahmad Rafie di Tanjung Karang Selangor.

12079472_911232402245376_689460815065243371_n