Program Pemeriksaan Kesihatan Untuk Penduduk Tempatan
PUTRAJAYA – Program Pemeriksaan Kesihatan percuma di MPPWP Sub Zon J Presint 16 Putrajaya telah berlangsung pada 11 Okt 2015, Ahad sebagai alternatif bagi memastikan para penduduk tempatan memahami pentingnya mengetahui tahap kesihatan sendiri. Orang ramai telah memberikan sambutan yang sangat menggalakkan dengan membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi, kencing manis, bacaan lemak dan kolestrol dalam badan serta BMI. Ini adalah alternatif bagi memastikan orang ramai mengutamakan kesihatan dan prihatin kepada kesihatan diri sendiri.
You must be logged in to post a comment.