Berita

UMNO Putrajaya Tidak Jemu Semai Bakti Untuk Keselesaan Semua

PUTRAJAYA – Keprihatinan UMNO Bahagaian Putrajaya untuk terus memastikan setiap individu mendapat pembelaan diteruskan dengan gerakan turun padang dan menziarahi mereka yang tidak bernasib baik.

Gerakan turun padang ini dibuat melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang mengadakan kunjungan ke Hospital Putrajaya pada 5 Nov 2015, Khamis dengan diketuai oleh Pengerusinya, Puan Husna Abdul Rahaman. Pesakit yang diziarahi ialah Puan Zaidah Shamsuddin iaitu Ketua Pergerakan Wanita Cawangan Bunga yang mengalami sakit mata dan menjalani pembedahan. Turut diziarahi ialah En. Abdul Razak Jais dari Presint 8 yang akan menjalani pembedahan lutut.

Sebelum itu, pada 3 Nov 2015, Selasa, AJK Biro tersebut telah mengunjungi Puan Rossita Yusof yang dilaporkan sakit kanser selain Puan Nor Aida Jaafar yang mengalami sakit sendi.

Pesakit lain yang diziarahi ialah Musafar Mahat di wad 4A yang mengalami demam denggi sementara Mahyuddin Hashim dilaporkan sakit lutut dan pergelangan kaki dan Izzat Akmal Tuan Haji Zainal sakit ligamen di pergelangan kaki.

Dalam masa yang sama, AJK biro terbabit turut mengadakan lawatan kepada Cik Radziana Abdul Rahman iaitu Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya yang menjalani pembedahan di peha akibat masalah urat semasa bersukan, selain Mohd Khairul Taemizi yang di laporkan demam denggi. Turut diziarahi ialah Mustafa Arsat yang dilaporkan mengalami sakit tangan.

Semoga dengan kunjungan yang dibuat oleh biro terbabit akan dapat memberi sokongan moral kepada mereka dan segera sembuh dari penyakit yang dihidapi.
1511709_920550281313588_4886493687273936410_o

11124063_920570531311563_8451614582400938216_o

11219682_921318734570076_5427656255774036307_n

11666266_920550197980263_5469361812513047565_n

12184143_920570474644902_5029469314083922449_o

12191566_921318947903388_481812679856558504_n

12196159_920576894644260_428912258889855641_n

12208289_920576797977603_3635559143503648716_n

12208515_920570607978222_2034765180853255400_n