Berita

Warga Putrajaya Terus Diutamakan Untuk Keselesaan

PUTRAJAYA – Warga tempatan bakal merasai satu lagi kemudahan yang tentunya akan memberi keselesaan kepada mereka apabila
perkhidamatan bas elektrik untuk sistem pengangkutan awam di pusat pentadbiran
kerajaan akan bermula September tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata
sebagai permulaan, 10 bas yang dibawa khas dari Jepun, akan digunakan untuk
operasi percubaan di semua laluan perkhidamatan bas Nadi Putra.

“Selain mengurangkan pencemaran udara dan bunyi, penggunaan bas elektrik juga selaras dengan aspirasi menjadikan Putrajaya sebagai ‘Green City’, selain
meningkatkan lagi penggunaan teknologi hijau dalam perkhidmatan awam yang mesra alam.

“Bas ini akan melalui tempoh percubaan kira-kira tiga bulan dan jika mempunyai daya saing yang baik, kita akan menukar semua bas sedia ada yang kini menggunakan gas kepada bas elektrik sepenuhnya,” katanya kepada pemberita
selepas melepaskan peserta kayuhan “Community Fun Ride” di Kompleks Kejiranan Presint 9 di sini hari ini, 8 Nov 2015.

Sebanyak 500 peserta mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 13 kilometer itu.

Tengku Adnan berkata bas yang boleh membawa 60 penumpang pada satu masa itu
mampu bergerak pada jarak 30 kilometer untuk pengecasan bateri selama 10 minit.

IMG-20151108-WA0013

IMG-20151108-WA0007

IMG-20151108-WA0005

IMG-20151108-WA0001

IMG-20151108-WA0002