1Malaysia Bersama-Sama Raikan Deepavali
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersama- meraikan Deepavali dalam semangat sebenar 1Malaysia.
Katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Malaysia dan tentunya sikap saling menghormati dengan bertolak ansur dan memahami budaya dan tradisi masyarakat lain akan dapat mengeratkan perpaduan.
“Marilah kita perkukuhkan perpaduan untuk bersama-sama meraikan perayaan pelbagai kaum dengan memupuk hubungan yang lebih erat dalam kalangan kita,” katanya.
Jelasnya, cuti hari perayaan ini juga dijadikan sebagai alternatif kepada warga tempatan untuk meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga lantaran cuti umum yang ada.
“Inilah masanya untuk kita bersama-sama yang tersayang sambil mengeratkan silaturrahim dalam keluarga dan memupuk perpaduan dalam masyarakat,” katanya lagi.