Berita

Malam Anugerah Kecemerlangan Pendidik Taska dan Tadika Semarakkan Putrajaya

PUTRAJAYA – Malam Anugerah Kecemerlangan Pendidik Taska dan Tadika Putrajaya menjadi realiti atas iltizam yang telah dipamerkan oleh kepemimpinannya dengan komitmen yang diberikan oleh guru-guru dan para pelajar yang menghuni tadika dan taska di sekitar kawasan terbabit.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Datin Seri Utama Anggraini Sentiyaki selaku penaung Puspajaya dan juga isteri kepada Menteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya.

“Sesungguhnya majlis tersebut dilaksanakan sebagai penghargaan kepada warga pendidik yang telah berusaha bertungkus lumus mencapai kejayaan dalam memastikan anak-anak kecil mendapat kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam aktiviti seharian,” katanya.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Nov 2015, Isnin di Dewan Seri Siantan, Putrajaya.

Katanya, semoga majlis tersebut akan menjadi inspirasi kepada anak-anak kecil ini untuk terus berjaya dan menjadi peransang kepada warga pendidik untuk terus memastikan kecemerlangan tadika dan taska di Putrajaya.

12291898_931229940245622_762576501128400796_o

12322960_931433956891887_7512953734290930778_o