Berita

Program Ceria Ke Sekolah Bantu Ringankan Beban Warga Tempatan

PUTRAJAYA – Program Ceria Ke Sekolah yang merupakan majlis bantuan barang persekolahan kepada anak-anak tempatan kembali lagi dengan dirasmikan ole Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Seramai 1,400 pelajar telah menerima bantuan berupa beg sandang bernilai RM50 dan wang tunai sebanyak RM100 seorang.

“Ucapan terima kasih diutarakan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program hari ini, iaitu UMNO Bahagian Putrajaya dan Yayasan Wilayah Persekutuan dengan sokongan Barisan Nasional Wilayah Persekutuan yang dapat merealisasikan harapan anak-anak yang memerlukan bantuan ini.”

Ujarnya, Yayasan Wilayah Persekutuan memberi bantuan persekolahan ini secara tahunan dengan tujuan meringankan beban perbelanjaan sekolah anak-anak dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Nama asalnya ialah ‘Program Back to School’, tetapi telah diberi nafas baru pada tahun ini agar lebih ceria, dengan nama program ‘Ceria Ke Sekolah.”

Harapnya agar bantuan wang tunai yang diberi akan dapat membantu meringankan perbelanjaan bagi menyekolahkan anak-anak warga tempatan.

Beliau berkata demikian dalam majlis yang berlangsung di Menara Seri Wilayah, pada 4 Dis 2015, Jumaat.

IMG-20151204-WA0020

IMG-20151204-WA0021

IMG-20151204-WA0023

IMG-20151204-WA0025

IMG-20151204-WA0027

IMG-20151204-WA0028

IMG-20151204-WA0032

IMG-20151204-WA0036

IMG-20151204-WA0039