Berita

Sambutan Hari Lahir Beramai-Ramai Eratkan Pemimpin dan Rakyat

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersama isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki telah meraikan para pengundi Presint 5, 15 dan 17 dalam Majlis Sambutan Hari Lahir.

Acara tersebut adalah satu kelaziman bagi warga UMNO Putrajaya yang akan bersama-sama menyambut hari lahir.

“Dengan acara tersebut, warga tempatan akan dapat bersama-sama berkumpul dan merapatkan silaturrahim khususnya pada hari kelahiran mereka,” katanya.

Majlis tersebut berlangsung meriah di Dewan Seri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan pada 17 Feb 2016, dengan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik kemuncak sambutan hari lahir warga Presint 5, 15 dan 17.

Mereka turut menerima cenderahati yang disampaikan bersama Datuk Seri Tengku Adnan dan Datin Seri Anggeriani.

IMG-20160217-WA0020

IMG-20160217-WA0019

IMG-20160217-WA0018

IMG-20160217-WA0015

IMG-20160217-WA0007

IMG-20160217-WA0006

IMG-20160217-WA0003