Berita

Karnival Sukan UMNO Satukan Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Karnival Sukan UMNO 2016 sempena ulang tahunnya ke–70 tahun mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara ahli-ahlinya di semua peringkat termasuklan Parlimen Putrajaya.

Ahli Parlimennya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnann Tengku Mansor berkata Karnival Sukan UMNO yang telah dan akan dilaksanakan di semua bahagian UMNO seluruh negara bertujuan untuk memupuk perpaduan antara ketua bahagian, ketua-ketua cawangan dan anggota parti di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berkata sebagai sebuah parti politik, pihaknya sedar kewujudan sebilangan anggota yang tidak bersetuju atau tidak sehaluan dengan ketua bahagian, ketua cawangan dan parti sendiri dan ia perlu ditangani segera.

“Kita harap program seperti Karnival Sukan ini mampu menjadi landasan dalam mengeratkan hubungan antara anggota parti selain dijadikan platform menepis persepsi negatif yang dikaitkan dengan UMNO kebelakangan ini,” katanya yang turut disertai isterinya, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Pelbagai acara sukan diadakan dalam Karnival Sukan UMNO Bahagaian Putrajaya yang berlangsung di Stadium Pancarona, Putrajaya.

IMG-20160327-WA0003

IMG-20160327-WA0015

IMG-20160327-WA0037

IMG-20160327-WA0042

IMG-20160327-WA0055

IMG-20160327-WA0057

IMG-20160327-WA0058

IMG-20160327-WA0063

IMG-20160327-WA0065