Apps School Messagging System Permudahkan Pembelajaran Anak-anak Putrajaya
PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berharap agar golongan muda khususnya para pelajar tempatan meneruskan usaha bagi memastikan pencapaian cemerlang bukan hanya dalam kehidupan akademik tetapi juga dalam pelbagai lapangan.
Katanya, proses pembelajaran member ruang kepada anak-anak untuk membina minda dan berfikir secara kritis yang tentunya akan menjadu pemacu untuk mengorak langkah masa hadapan.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah-sekolah Putrajaya yang berlangsung di Dewan Seri Wilayah, pada 28 Mac 2016.
Turut dilakukan ialah pelancaran Apps School Mesagging System yang akan memudahkan para pendidik dan pelajar menikmati kemudahan media massa dan berkongsi maklumat semasa.
You must be logged in to post a comment.