Berita

Warga Putrajaya Waspada Penularan Ajaran Sesat

PUTRAJAYA: Penduduk tempatan diingatkan agar tidak terpengaruh dengan penularan ajaran sesat Millah Abraham yang dikesan mula meresap ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, sejak lapan bulan lalu.

Ahli Parlimen tempatan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ajaran itu dikesan menggunakan beberapa surau di sekitar Putrajaya, untuk menyebarkannya dalam kalangan penduduk setempat.

“Kita dapat mengesan dua atau tiga surau yang didatangi kumpulan berkenaan untuk mengadakan ceramah sekali gus menyebarkan ajaran berkenaan.

“Sehubungan itu, kita memantau pergerakan ajaran sesat ini supaya ia tidak terus menular,” katanya.