Berita

Selamat Bersidang UMNO Cawangan Putrajaya

PUTRAJAYA – Persidangan peringkat Cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini adalah platform terbaik kepada ahli-ahli parti di akar umbi untuk memanfaatkannya dalam memastikan perjuangan UMNO terus bersemarak, kata ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya juga berharap agar sepanjang perjalanan mesyuarat cawangan yang diadakan di sekitar Putrajaya ini, anggota parti akan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.

“Kelancaran perjalanan dengan pengisiannya amat penting dalam memastikan kesinambungan parti,” katanya dalam mengulas berkaitan pelaksanaan mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung sekarang ini.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum ini telah memutuskan Persidangan Tahunan Cawangan UMNO bermula 18 Mac hingga 1 Mei 2016, manakala Mesyuarat Perwakilan Bahagian pula akan bermula pada 1 Ogos hingga 15 September 2016.