Berita

Kesibukan Pemimpin Tak Halang Hadiri Walimatul Urus

PUTRAJAYA – Kesibukan pemimpin tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Menteri Wilayah Persekutuan tidak membataskan beliau untuk turun padang untuk mengeratkan tali silaturrahim serta memenuhi jemputan penduduk sebagaimana kehadirannya di majlis perkahwinan di sini.

Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya bersama isteri, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki telah menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki kepada Jaffri Derani, seorang pegawai kanan Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang berlangsung di Dewan Seri Siantan pada Ahad, 17 April 2016.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pasangan mempelai dan mendoakan semoga dengan termetrainya ikatan perkahwinan maka pasangan mempelai akan berbahagia hingga ke akhir hayat.

IMG-20160417-WA0007

IMG-20160417-WA0008

IMG-20160417-WA0009