Berita

UMNO Putrajaya Semarakkan Karnival Sukan UMNO Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA –UMNO Bahagian Putrajaya turut serta dalam Karnival Sukan UMNO 2016 peringkat Wilayah Persekutuan yang dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Sabtu, 23 April 2016.

Karnival tersebut dibuat sempena ulang tahun UMNO ke–70 tahun yang dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara ahli-ahlinya di semua peringkat.

Acara sukan ini yang buat julung kalinya diadakan telah berlangsung di peringkat bahagian, seterusnya dipertandingkan di peringkat negeri diikuti dengan acara pusat pada bulan Mei depan.

“Acara sukan bagi karnival ini mampu memperbaiki tahap kesihatan ahli-ahli UMNO dan semestinya merapatkan hubungan silaturahim malah selain berpolitik soal kesukanan juga perlu dititikberatkan.

“Pada saya politik tetap politik, tetapi sukan juga amat penting untuk memastikan tubuh badan kita sihat seadanya,” katanya yang turut disertai isterinya Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

Perasmian tersebut telah berlangsung di Berjaya Times Square Bowling Alley dengan acara bowling sebagai simbolik pembukaannya.

Selain itu pelbagai acara sukan lain turut dipertandingkan yang melibatkan penyertaan semua bahagian di Wilayah Persekutuan.

IMG-20160424-WA0026

IMG-20160424-WA0021

IMG-20160424-WA0018

IMG-20160424-WA0017