Berita

Kesatuan, Nilai Kebangsaan Dan Kesetiaan Parti, Asas Kejayaan UMNO Selama 70 tahun

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sempena ulang tahun UMNO ke 70 malam ini berkata asas kejayaan UMNO sepanjang 70 tahun ini adalah kerana kesatuan, nilai kebangsaan dan kesetiaan sepanjang hayat ahli kepada parti.

Jelasnya tiga asas itu adalah kekuatan luar biasa yang menjadikan UMNO parti paling berjaya di dunia.

Katanya, intipati kejayaan UMNO itu sendiri terletak pada namanya sendiri iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO), iaitu bersatu.

“KKuala Lumpur, 12 Mei — Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan penuh bersemangat menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Ulangtahun UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. – Foto : MediaUMNOeduanya, UMNO berjaya memecah tembok kedaerahan dan kenegerian dengan membawa perjuangan atas semangat kebangsaan, …inilah kuasa luar biasa sehingga penjajah menyedarinya dan menyerahkan bumi ini kepada rakyat Malaysia.

“Ketiga, ..kesetiaan kepada parti dalam apa juga keadaan walaupun kita tidak bersetuju, walau kita berbalah dan wujud perbezaan pendapat, …mana ada parti politik yang tiada perbezaan pendapat, berbalah tapi kita kena ada disiplin dalam parti. Kena bertaut pada rasa, kasih sayang dan kesetiaan kepada parti, ” katanya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Beliau turut mengulangi ikrarnya untuk tidak mengkhianati UMNO hingga akhir hayatnya jika ditakdirkan beliau berselisih faham dengan penggantinya.

“Saya tidak akan keluar UMNO kerana parti ini besar jasanya kepada orang Melayu, rakyat Malaysia, keluarga saya dan diri saya,” ujarnya.

Sambutan Hari UMNO Ke-70 tahun malam ini diadakan dengan penuh rasa kesyukuran dan kesederhanaan.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran, solat Isyak dan solat hajat.

Sambutan yang sepatutnya diadakan pada 11 Mei ditunda ke hari ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, diadakan secara sederhana bagi mengenang pemimpin terdahulu dan perjuangan UMNO, serta anggota parti yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak pada Khamis lepas.

Seperti sambutan tahun-tahun sebelumnya, majlis sambutan ulang tahun ini turut dihadiri para pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan serta Naib-Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 3,000 orang termasuk anggota UMNO.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ serta nyanyian lagu UMNO ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’, Najib kemudiannya menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada Tan Sri Aziz Tapa.

13217131_1402333226459088_4263808365259451220_o

13221171_1402319153127162_5191285499702793205_o

13227388_1402319233127154_4011634606985162299_o