Berita

UMNO Putrajaya Teruskan Misi Prihatin

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan misi prihatin dengan memastikan kelangsungan rasa damai, harmoni, selamat dan sejahtera sentiasa dapat dirasi oleh warga tempatan. Melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya, gerakan untuk turun padang dan menziarahi mereka yang dilanda keuzuran dan kurang bernasib baik dibuat dengan diketuai oleh pengerusinya, Puan Husna Abdul Rahaman.

Pada 17 Mei lalu, Biro tersebut telah berkunjung ke rumah Ketua Cawangan Bunga Siantan, Saudara Rostam Omar di Presint 11 bagi menziarahi beliau yang baru sahaja menjalani rawatan di hospital.

Biarpun keadaannya sudah beransur pulih namun beliau masih lagi berada dalam pemantauan dari pegawai kesihatan. Semoga beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

13083279_1027734063928542_5335779694401132621_n

13245366_1027733907261891_3725043828384368819_n