Terima Kasih Warga Guru, Pastikan Generasi Muda Terdidik
PUTRAJAYA – Pembentukan kehidupan anak-anak terutamanya dari segi ilmu dan akhlak adalah tanggungjawab yang sangat besar yang di dukung oleh seorang guru. Lantaran itu, tugas seorang guru bukanlah mudah sebaliknya ia berdepan dengan pelbagai dugaan yang pelbagai.
Lantaran itu, warga pendidik diraikan sebagaimana sambutan Hari Guru yang diraikan oleh Datin Seri Anggraini Sentiyaki, isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan di SMKPP 16(2) SKPP 17(1) dan SKPP 16(2) SKPP 18(2) pada 24 Mei 2016.
Sebelum itu, sambutan peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 23 Mei 2016, Isnin. Majlis terbabit telah disempurnakan oleh Datuk Hasim Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Semoga golongan guru terus memainkan peranan demi melahirkan modal insan dan generasi pelapis yang mempunyai nilai jati diri yang unggul dan boleh menjadi warga yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
You must be logged in to post a comment.