Berita

Pupuk Semangat Persaudaraan Untuk Pastikan Kesejahteraan

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta orang ramai agar terus memupuk semangat persaudaraan antara satu sama lain bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan negara.

Katanya, sekiranya silaturrahim kukuh maka tentunya pelbagai perkara akan dapat dibincang bersama dengan perancangan kemajuaan juga akan berlangsung lancar.

“Kita bertanggungjawab untuk memastikan kelestarian persekitaran kita melalui semangat bersatu padu sebagai satu keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Lahir beramai-ramai untuk warga Presint 11 yang diadakan di Kementerian Wilayah Persekutuan, malam ini.

Sebelum itu beliau turut mengadakan sesi dialog dengan penduduk setempat berkaitan permasalahan mereka.

Acara sambutan Hari Lahir beramai-ramai adalah antara program rutin untuk warga Putrajaya yang membuktikan hubungan erat antara pemimpin dan rakyat.

Turut serta dalam majlis ini ialah isteri beliau, Datin Seri Anggeriani Sentiyaki.

IMG-20160525-WA0176

IMG-20160525-WA0175

IMG-20160525-WA0174

IMG-20160525-WA0163